Terma dan Syarat FaqirDesign (FD)
Assalamualaikum
Kepada pengunjung FaQirDesign saya mengucapkan ribuan terima kasih pada anda semua kerana sudi melayari laman blog yang tidak seberapa ini. Oleh itu suka saya nyatakan bahawa saya FaQirDesign telah berusaha membuat blog ini semata-mata ingin memberi perkhidmatan design dan printing yang terbaik untuk anda. Dengan ini saya nyatakan terma dan syarat di FaQirDesign sebelum anda membuat tempahan.
Syarat Design
Permulaan
- Lihat dulu apa yang FaQirDesign (FD) boleh design. FD mengkhususkan design yang bercirikan islam. Selain dari itu perbincangan akan di buat.
- Pastikan anda tahu dan paham apa yang anda ingin designkan. Sekiranya anda perlu rundingan design di lakukan sila nyatakan sama ada melalui email atau menelefon.
- Sediakan maklumat tetang design yang anda ingin tempah, ini PENTING untuk anda dan FD, maklumat yang tidak cukup akan membuatkan masa terbuang lebih lama. FD tiada perkhidmatan khusus untuk mencari maklumat untuk anda, seperti mencari imej untuk design, atau mencari data atau contoh-contoh design untuk anda, melainkan anda serahkan semuanya pada FD berbuat demikian.Perlu di ingatkan semua itu memerlukan masa.
- Permintaan tempahan design WAJIB dalam bentuk penulisan.
- FD tidak akan mengeluarkan idea-idea baru/sampingan melainkan ada permintaan. Idea baru ini juga akan di kira sebagai caj design di sebabkan masa yang terluang. Sekiranya idea baru ini di ambil sebagai design utama harga akan di kira sebagai design baru. Caj baru akan di kenakan
Perbincangan
Bayaran
- Setiap contoh design akan di email untuk tatapan anda sebagai maklum balas design tersebut.
- Perubahan design dibenarkan sebanyak 3 kali. Sekiranya berlaku lebih dari 3 kali caj lebihan masa akan di lakukan.
- Maklum balas design tidak di jawab selama 7 hari dianggap tidak berminat. Sekiranya ingin meneruskan design tersebut. Caj bukaan design semula akan di lakukan.
- Perbincangan memalui telefon dan email di galakkan
- Melalui SMS tidak akan di layan
- Bayaran 50% perlu dibayar ini kerana membolehkan FD mengeluarkan contoh design pada anda. FD akan memaklumkan bila anda perlu bayar. Anda perlu membayar 50% kerana ingin menyatakan anda berminat untuk tempahan design. Dan saya lebih menghargai kepada mereka yang berminat untuk design. (Berlaku kes di mana design dah siap tapi senyap seribu bahasa. Membuatkan design dan masa saya tidak di hargai)
- Bayaran penuh di buat selepas anda menerima maklum balas dari FD.
- Master File tidak akan di berikan. Hanya soft copy diberikan. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan MasterFile sila bagi tahu kerana di situ ada syarat-syarat yang anda perlu ketahui.
Senarai Penunggu (Waiting List)
- Tempahan design akan di buat berdasarkan siapa dulu membuat tempahan.
- Perlu menunggu giliran. FD mementingkan kualiti bukan kuantiti.
- Sekiranya anda memerlukan design awal (urgent design) sila nyatakan.
Proses Design
- Proses design dibuat apabila saya menerima butiran yang lengkap, masa di ambil 3-5 hari.
** Sekiranya anda bersetuju dengan Syarat dan Terma di atas sila isi borang di sini atau email saya di faqirdesign@gmail.com. Hanya yang berminat dengan design FaqirDesign sahaja di benarkan membuat tempahan.