KURSUS ASAS ADOBE ILLUSTRATOR (Ai)
REKA GRAFIK
Kursus yang kami jalankan ini adalah kursus yang melibatkan daya kreativiti dan juga daya imiginasi. Kursus ini juga boleh di jadikan sebagai kerja sampingan untuk menambah pendapatan bagi sesetengah orang kerana di zaman sekarang ini banyak sekali produk-produk yang baru di keluarkan. Oleh itu teknik asas ini adalah cara terbaik bagi seseorang itu mengenali kerja-kerja grafik dengan kaedah melukis, mewarna, mereka, menghasilkan logo, poster, flyers, brochure, majalah dan pelbagai hasil kreatif hanya dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator (Ai).
OBJEKTIF
- Mempelajari kaedah asas penggunaan Adobe Illustrator dalam menghasilkan kerja-kerja grafik dengan lebih teratur dan lebih menarik
- Mempelajari serta dapat mengetahui kaedah yang di gunakan dalam menghasilkan reka bentuk flyers, brochures, poster, name card, bunting, banner dan banyak lagi yang berkaitan dengan vector.
- Mempelajari cara melukis dan mewarna dengan menggunakan tool yang disediakan
- Terpenting adalah mempelajari kaedah yang tepat dalam menyusun setiap imej dan tex (layout) dengan lebih kemas dan menarik ( simple but nice )
SASARAN PESERTA
- Mereka yang berminat dalam dunia grafik / kreatif
- Mereka yang ingin menghasilkan kerja grafik sendiri tanpa menggunakan khidmat syarikat luar
- Mereka yang ingin berniaga secara online atau offline dalam bidang grafik
- Mereka yang ingin membuat kerja sampingan (part time / freelance) dalam bidang grafik
Kursus ini akan di jalankan dalam bilik berkomputer, kerana ini akan memudahkan faham kerana adanya sesi tutorial dan praktikal. Kursus di jalankan dalam bahasa Melayu, setiap peserta akan di berikan Nota Asas cara mengendalikan Perisisan Adobe Illustrator. Walau bagaimana pon pemahaman bukan terletak pada nota dan teori semata tetapi lebih kepada PRAKTIKAL. Kepada peserta di galakkan membawa komputer riba sendiri dan juga perisian Adobe Illustrator sekiranya ada.
Peserta akan dikenalkan dengan apa itu Adobe Illustrator dan cara menggunakan TOOL dengan betul dan akan mengetahui fungsi-fungsi TOOL itu sendiri. Selepas mengetahui fungsi peserta akan di dedahkan cara membuat grafik secara praktikal. Akhirnya akan didedahkan dengan asas percetakan (printing). Untuk lebih lanjut berkenaan cara membuat template printing, warna kod printng, cara layout yang menarik dll, ikuti kursus saya ini.
APA YANG PESERTA DAPAT SELEPAS KURSUS INI ?
- Dapat mengendalikan perisian grafik Adobe Illustrator dengan teratur dan menarik
- Dapat mengenali hasil kerja vector dan raster
- Dapat menghasilkan logo, flyers, brochure, poster, banner, name card dll untuk diri sendiri
- Dapat mengurangkan kos
- Dapat membuka kedai online atau offline secara peringkat permulaan dalam bidang seni reka grafik
Sila email kami untuk ikuti kursus ini. Detail akan di emailkan
email ke faqirdesign@gmail.com
0 comments:
Post a Comment