Cara Kira Untung Kasar dan Bersih




ANDA TAHU ?




Pengiraan ringkas sekiranya anda ingin memulakan perniagaan sama ada produk atau pun perkhidmatan.



Secara kasarnya bila berkata berkaitan perniagaan kita akan cenderung meimikirkan terlebih dahulu berkaitan dengan keuntungan. Dalam perniagaan anda perlu tahu bahawa keuntungan ada 2 jenis iaitu Untung Kasar dan Untung Bersih

Untung Kasar adalah keuntungan yang belum ditolak dengan kos tersembunyi contoh bil api, bil internet, Minyak, Lain-lain


Untung Bersih adalah Untung Kasar yang telah ditolak dengan kos
yang tersembunyi tadi. Selebihnya itulah adalah dikatakan Untung Bersih

Secara Kasar Pengiraannya adalah

Anda mendapatkan produk pada pemborong dan anda membeli dengan harga RM30 untuk 1 produk dan anda berkeinginan untuk menjual semula dengan harga RM60 untuk 1 produk

Harga Kilang = RM30
Harga Produk untuk 1 produk yang anda ingin jual (Runcit) = RM60
Pengiraan Untung Kasar anda ialah RM60 – RM30 = RM30

RM30 inilah di katakan untung kasar.

Adakah ini untuk keseluruhan yang anda dapat ? TIDAK kerana ada kos yang tersembunyi yang anda belum lagi kira. KOS yang belum di tolak dengan kos tersembunyi masih di katakan Untung Kasar.


Mari kita kira untuk dapatkan Untung Bersih.

Langkah 1

Kita Kira jumlah untuk 31 hari dahulu ( 1 bulan)

Bila Api sebulan RM50
Bil Internet RM90
Minyak RM50

Pengiraan di atas adalah untuk kiraan sebulan. Tapi kita nak kira sekiranya anda dapat menjual 1 hari 1 produk

Bila Api sebulan RM50 dibahagi dengan 31hari = RM1.6 - (1hari)
Bil Internet RM90 dibahagi dengan 31hari = RM2.90 - (1hari)
Minyak RM50 dibahagi dengan 31hari = RM1.61 -(1hari)

Kos tersembunyi untuk 1 hari anda ialah RM1.61 + RM2.90 + RM1.61 = RM6.12

Bermakna 1 hari anda telah menggunakan sebanyak RM6.12

Untung Kasar tadi ialah RM30 bermakana RM30 ini di tolak dengan kos tersembunyi RM6.12

RM30.00 – RM6.12 = RM23.88

RM23.88 ini lah untung bersih anda



CUBA ANDA FIKIR KEMBALI....!! Bagaimanakah anda ingin menambah stok walaupun 1 produk sekiranya Untung Bersih anda RM23.88 ? Sedangkan Harga Kilang untuk 1 produk adalah RM30.00 ? Di mana Untung Anda sebenarnya !!!

Kebanyakan dari peniaga terutama peniaga baru tidak tahu akan hal ini. Kerugian yang tersembunyi inilah yang menyebabkan anda rugi secara senyap..Jadi anda perlu tahu berapakah nilai sebenar yang perlu anda letak untuk 1 produk. YA..bermula dengan 1 produk.



Mari kita kira untuk 1 bulan pula dengan harga Jualan RM60.00 tadi

Pengiraan untuk 1 bulan ( 31 hari )

Harga Kilang = RM30
Harga Jual = RM60

Untung Kasar RM30.00.

Katakan anda dapat menjual 1 hari 1 produk bermakna 1 bulan anda telah menjual 31 produk..wah hebat bukan ?

RM60 x jualan 31 produk = RM1860
RM1860 ini masih bukan untung kasar kerana untung kasar anda untuk 1 produk adalah RM30 bermakna

RM30 x 31hari (1bulan) = RM930

RM930.00 inilah untung kasar

Pengiraan untung Bersih pula

RM930.00 – Kos tersembunyi RM190.00( Api RM50 + Internet RM90 + Minyak RM50 ) = RM740.00

RM930 – RM190.00 = RM740.00

RM740.00 ini adalah Untung Bersih anda untuk 1 bulan dengan 31 produk yang terjual.

Sekiranya anda berhenti disini, YA ini untung yang anda dapat hasil titik peluh anda. Tetapi sekiranya anda ini menambah lagi 30 produk untuk meneruskan jualan apa akan terjadi ? Mari kita kira.

RM30 (harga kilang) x 31 produk = RM930.00

Untung Bersih anda tadi ialah RM740.00 bermakna sekiranya anda ingin menambah 31 produk anda perlu tambah lagi modal sebanyak RM190.00. YA..anda tambah lagi MODAL.

Jadi apa yang anda dapat ?

Jadi fikirkan apakah dengan Harga RM60 itu sesuai untuk satu produk ?

Mari kita kira sekiranya harga produk itu kita jual dengan harga RM100.00

Mari kita kira untuk 1 bulan pula dengan harga Jualan RM100.00 untuk 1 produk.

1 produk RM100 x 31 hari terjual= RM3100

RM3100 ini Untung Kasar

Untung Bersih

RM3100 – Kos Tersembunyi (1bulan) RM190 = RM2910

RM2910 ini adalah Untung Bersih

Agak-agak anda dapatkan tak menambah produk baru ? Mari kita kira

30produk = RM900
Untung Bersih RM2910

RM2910 – RM900 = RM2010

YA anda dapat tambah lagi 30 produk

Baki yang tinggal adalah RM2010.00

RM2010.00

RM2010.00 inilah yang akan mengembangkan lagi perniagaan anda, dan dengan keuntungan itu juga anda dapat meneruskan penjualan untuk 1 bulan yang akan datang itu pun sekiranya anda ingin meneruskan minat anda dalam perniagaan. Kalau sekadar mencari untung untuk suka-suka cukup sekadar anda berhenti dengan menjual RM60 untuk 1 produk.





Yang perlu anda fikirkan
  1. Berapakah harga untuk 1 produk yang perlu anda letak supaya anda tidak mengalamai kerugian yang tersembunyi
  2. Berapa banyakkan sepatutnya jualan dalam sehari yang mesti dijual (terjual)
  3. Berapa banyakkah jualan dalam sebulan.
  4. Berapa kos tersembunyi yang sebenar anda gunakan (wajib kira)
Penyelesaian
  1. Beli pada pemborong dengan kuantiti yang banyak, lagi banyak lagi murah
  2. Mesti membuat jualan melebihi 10 produk sehari. 5 produk pon dah ok
  3. Cari ajen jualan
  4. Kurang kan kos tersembunyi




Selamat Membuka Minda


No comments:

linwinki Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...